fb fb fb fb fb

Rakyat Shanghai bakal berdepan tidakan undang-undang jika ingkar perintah berkurung

SHANGAI, 13 April- Penduduk Shanghai diberi amaran agar tidak melanggar perintah berkurung.

Tindakan tegas daripada pihak polis akan menanti mereka yang gagal berbuat demikian.

Agensi itu mengingatkan 25 juta penduduk bandar raya berkenaan patuh perintah berkenaan.

Sesiapa yang didapati melanggar arahan akan dikenakan tindakan tegas mengiku unang-undang.

(Petugas kesihatan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika menguruskan kes COVID-19 di bandar Shanghai/ AFP)

Polis turut menggesa penduduknya untuk mempertahankan bandar raya itu ketika jumlah kes baharu Covid-19 terus meningkat kepada lebih 25 ribu kes.

Semalam, Shanghai melaporkan 25 ribu 141 kes baharu tidak bergejala yang meningkat daripada 22 ribu 348 kes sehari sebelumnya.

Pihak berkuasa memaklumkan, kes bergejala turut meningkat kepada seribu 189 daripada 994. -AFP

Media Baharu