fb fb fb fb fb

Seorang maut insiden nahas kereta kabel di India

DEOGHAR, 13 April- Sekurang-kurangnya seorang maut dalam insiden nahas kereta kabel berhampiran pusat ibadah tempatan di timur Jkharkhand, India.

Tragedi turut mengakibatkan berbelas penumpang terperangkap dengan cara tergantung di udara.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian yang berlaku pada Isnin di Bukit Trikut itu melibatkan pelanggaran tiga kereta kabel.

Ketika itu, terdapat 48 orang menaki kenderaan terbabit, dan hanya 20 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini.

Usaha menyelamatkan baki penumpang kereta kabel itu dipergiat dengan menggunakan heliopter.

(Kejadian berlaku pada Isnin di Bukit Trikut melibatkan pelanggaran tiga kereta kabel/ Foto Twitter)

Sementara menanti diselamatkan, mangsa turut diberi makanan dan minuman yang dilepaskan dari aset udara.

Sebelum ini, dua penumpang bertindak terjun dari kereta kabel masing-masing ekoran panik.

Mereka bagaimanapun terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan.

Kereta Kabel Trikut yang beroperasi dari ketinggian 2,550 kaki sering jadi pilihan pelancong dan individu yang mahu ke Kuil Baba Baidyanath. -AFP

Media Baharu