fb fb fb fb fb

Lebih 500 juta jumlah kes COVID-19 seluruh dunia

MARYLAND, 13 April- Selepas dua tahun diisytiharkan sebagai pandemik, jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia telah melepasi 500 juta.

Menurut data terkini Universiti Johns Hopkins, dalam tempoh itu, angka kematian pula melebihi enam juta.

Lapor Sputnik, sehingga kini, jangkitan COVID-19 mencecah 5,363,741, dengan 39,980,541 kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari lepas.

(Foto fail/ AFP)

Angka kematian global pula kini mencecah 6,183,944 kes manakala 136,432 pesakit maut sejak 28 hari lalu.

Sementara itu, lebih 11 bilion dos suntikan vaksin COVID-19 telah diberikan di seluruh dunia sejak wabak itu melanda.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. -AFP

Media Baharu