fb fb fb fb fb

Dos penggalak kedua warga Korea berusia 60 tahun ke atas

(FOTO AFP)

SEOUL, 14 April - Kementerian Kesihatan Korea Selatan akan memberi dos penggalak COVID-19 kedua kepada penduduk berusia 60 tahun ke atas bagi meneruskan usaha menangani varian Omicron.

Menteri Kesihatannya, Kwon Deok-cheol memaklumkan kadar jangkitan kumpulan itu semakin meningkat melebihi 20 peratus.

"Kerajaan bercadang meluaskan pusingan keempat pemberian vaksin kepada mereka berumur 60 tahun ke atas," katanya.

(FOTO AFP)

Sebelum ini, pemberian dos penggalak kedua mula diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi termasuk kepada mereka yang berada di rumah penjagaan, selepas peningkatan jangkitan Omicron mendorong kes dan angka kematian direkodkan tinggi dalam tempoh beberapa bulan.

Setakat ini, data kerajaan menunjukkan seramai 316,608 individu menerima dos penggalak kedua dengan sekitar 33 juta penduduk, iaitu 64.2 peratus daripada keseluruhan populasi sudah menerima dos penggalak pertama.-AFP

Media Baharu