fb fb fb fb fb

Jumlah kematian banjir besar di Durban meningkat kepada 306 orang

DURBAN, 14 April- Jumlah kematian akibat banjir besar di Durban, Afrika Selatan meningkat kepada 306 orang.

Hujan lebat dalam tempoh 60 tahun itu turut mengakibatkan berlakunya tanah runtuh, jalan raya dan jambatan musnah.

"Sebanyak 6,000 buah rumah dan 248 buah sekolah rosak teruk akibat runtuhan itu," ujar Pegawai Jabatan Pengurusan Bencana wilayah KwaZulu-Natal.

Operasi mencari dan menyelamat penduduk yang hilang masih diteruskan.


(Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa turun padang meninjau keadaan rakyat terjejas
akibat banjir besar di Durban/AFP)

Presidennya, Cyril Ramaphosa menyifatkan bencana itu sebagai satu malapetaka dan musibah.

Agensi pengurusan bencana dituntut sentiasa bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan.- AFP

Media Baharu