fb fb fb fb fb

60 maut insiden ribu di timur Afrika Selatan

DURBAN, 13 April- Sekurang-kurangnya 60 maut akibat banjir dan tanah runtuh berikutan ribut melanda wilayah KwaZulu-Natal, timur Afrika Selatan.

45 dilaporkan maut di Ethekwini, manakala 15 lagi di daerah iLembe.

Cuaca buruk dengan hujan dan angin kencang dijangka berlarutan hingga malam esok.

Hujan lebat sejak beberapa hari lalu turut menyebabkan struktur bangunan runtuh, beberapa jalan raya mengalami kerosakan dan bekalan elektrik terputus.

(FOTO AFP)

Jabatan pengurusan bencana di wilayah KwaZulu-Natal, menggesa orang ramai kekal duduk di rumah, manakala mereka di kawasan rendah segera berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Pasukan keselamatan termasuk anggota tentera bekerja keras melakukan operasi menyelamat dan memindahkan penduduk yang terperangkap dalam banjir. -AFP

Media Baharu