fb fb fb fb fb

Korban Ribut Tropika Megi meningkat

LEYTE, 13 April - Jumlah kematian meningkat kepada 42 orang dengan lebih 100 cedera susulan Ribut Tropika Megi membadai beberapa kawasan di FIlipina.

Terbaharu, 25 kematian direkodkan akibat tanah runtuh dan banjir susulan ribut berkenaan.

(Pengawal Pantai Filipina memindahkan penduduk dari kediaman mereka yang dinaiki air di bandar Panitan selepas Ribut Tropika Megi membawa hujan lebat ke kawasan tersebut/AFP)

Baybay City, Wilayah Leyte merekod kematian paling tinggi akibat kejadian itu dengan 21 orang maut dari empat buah kampung.

Sementara itu, lebih 13,000 orang melarikan diri ke pusat perlindungan kecemasan ketika ribut melanda wilayah itu Ahad lalu.

Ribut yang juga dikenali di Filipina dengan nama tempatannya Agaton adalah ribut besar pertama yang melanda negara yang terdedah kepada bencana itu tahun ini.

Ia terjadi empat bulan selepas taufan besar memusnahkan kawasan kepulauan negara ini serta membunuh lebih 400 orang dan menyebabkan ratusan ribu kehilangan tempat tinggal.

 

Media Baharu