fb fb fb fb fb

Ular sawa sepanjang enam meter ditangkap di Florida

(Foto AFP)

NAPLES, 15 Julai- Seekor ular sawa Burma sepanjang kira-kira enam meter berjaya ditangkap di sini, dalam usaha pihak berkuasa Florida mengurangkan populasi reptilia berkenaan di negeri itu.

Jake Waleri, 22, menangkap ular seberat 56.6 kilogram (kg) tersebut pada Isnin lalu di Big Cypress National Preserve di sini dalam keadaan sukar.

Ia terpaksa menggunakan kekuatan tiga individu kerana ular bertindak agresif.

Reptilia berkenaan kemudian dibawa ke ibu pejabat Conservancy of Southwest Florida di sini dan badan bukan kerajaan (NGO) itu mengisytiharkannya tangkapan tersebut sebagai rekod ular terpanjang yang berjaya 'ditundukkan' di Florida.

Ular sawa Burma asalnya dibawa ke Amerika Syarikat dari Asia Tenggara sebagai haiwan peliharaan sebelum menjadi ancaman kepada haiwan lain berikutan pertambahan populasinya yang tidak seimbang.

Difahamkan, ramai pemilik ular tersebut melepaskan ia ke hutan dan semak berhampiran sejak tahun 1970-an. 

Justeru, Kerajaan Florida membayar pemburu untuk menangkap dan membunuh ular jenis itu termasuk mengadakan pertandingan tahunan bagi pemburu amatur dengan hadiah AS$2,500 (RM11,315) untuk kesejahteraan ekosistem tempatan. -AFP

(Foto AFP)

Media Baharu