fb fb fb fb fb

Australia lantik gabenor wanita pertama untuk RBA

FOTO REUTERS

CANBERRA, 14 Julai- Michele Bullock dilantik sebagai wanita pertama mengetuai bank pusat Australia.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Anthony Albanese dan Bendahari Jim Chalmers pada hari ini.

Pelantikan Bullock sebagai gabenor kesembilan Reserve Bank of Australia (RBA) akan bermula 18 September tahun ini, menggantikan Philip Lowe.

Bullock yang kini berkhidmat sebagai timbalan gabenor sejak April 2022, telah berkhidmat di bank pusat itu sejak 1985.

"Terima kasih, ini merupakan penghormatan dan saya sangat gembira kerana saya mendapat sokongan hebat daripada kerajaan. Terima kasih," kata Michele kepada media.

Di bawah kepimpinan Bullock, RBA akan menjalani pembaharuan susulan semakan bank berkenaan yang mengemukakan 51 syor.

Ia termasuk penubuhan Lembaga Dasar Monetari dan Lembaga Tadbir Urus yang berasingan untuk menjadikan bank pusat itu lebih berkesan.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu