BALI, 14 Julai- Pulau peranginan Indonesia, Bali akan mengenakan cukai Rp150,000 rupiah ke atas pelancong yang memasuki pulau tersebut mulai tahun depan bagi memelihara budayanya.
Menurut Gabenor I Wayan Koster, bayaran cukai hanya akan dikenakan sekali saja semasa mereka melawat Bali.
Bali yang banyak bergantung kepada industri pelancongan, menarik jutaan pelawat asing setiap tahun.
Cukai itu perlu dibayar secara elektronik dan akan dikenakan ke atas pelancong yang memasuki Bali dari luar negara atau dari bahagian lain Indonesia.
Levi tersebut bagaimanapun tidak akan dikenakan ke atas pelancong Indonesia.
Pihak berkuasa Bali yakin bayaran cukai itu tidak akan mengekang kedatangan pelancong ke pulau itu.
Sebelum ini, Bali sudah melaksanakan tindakan tegas terhadap pelancong yang tidak berkelakuan sopan termasuk tingkah laku yang tidak menghormati budaya di pulau itu.
Jun lalu, kerajaan tempatan menerbitkan panduan bagi pelawat ke pulau itu selepas diarah berbuat demikian oleh pejabat imigresen.
(FOTO REUTERS)