fb fb fb fb fb

Enjin roket Epsilon S meletup, tiada kecederaan dilaporkan

FOTO REUTERS

TOKYO, 14 Julai- Satu letupan kuat menggegarkan Timur Laut Jepun, hari ini.

Menurut agensi angkasa Jepun, kejadian itu berlaku ketika enjin roket Epsilon S sedang diuji.

Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan ketika roket itu diuji di Pusat Ujian Noshiro di Wilayah Akita.

Letupan berlaku kira-kira satu minit selepas ujian bermula.

Rakaman televisyen menunjukkan api dilihat keluar dari bahagian tepi kemudahan ujian itu sebelum seluruh bangunan itu diselubungi asap.

Program angkasa lepas Jepun telah mengalami beberapa halangan baru-baru ini, termasuk kegagalan pelancaran roket H3 perdananya pada bulan Mac.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu