fb fb fb fb fb

Ukraine tolak gencatan senjata, jika tiada jaminan kukuh

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky/Foto AFP

LONDON, 3 Mac - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menolak cadangan gencatan senjata tanpa jaminan keselamatan kukuh, sambil menegaskan bahawa ia tidak akan mengakhiri pencerobohan Rusia.

Dalam sidang media di London selepas perbincangan dengan pemimpin Eropah, beliau menyifatkan cadangan gencatan senjata oleh Perancis dan Britain sebagai tidak mencukupi.

Dengan kebimbangan bahawa Rusia akan melanggar perjanjian dan mencetuskan konflik berpanjangan.

Ketegangan dengan Washington juga semakin memuncak selepas pertemuan di White House, yang mana Presiden AS Donald Trump dan Naib Presiden JD Vance menuduh Zelensky tidak bersyukur dan enggan menerima syarat gencatan senjata.

Susulan itu, Zelensky meninggalkan pertemuan tanpa menandatangani perjanjian berkaitan hak mineral Ukraine.

Beberapa pemimpin Republikan AS malah mencadangkan Zelensky berundur, namun beliau menegaskan bahawa penggantiannya bukan mudah dan hanya akan berlaku jika Ukraine diterima menyertai NATO.

Sementara itu, Rusia terus mempertikaikan kesahihan kepimpinan Zelensky, dengan alasan bahawa beliau sepatutnya bertanding dalam pilihan raya 2024, yang ditangguhkan akibat undang-undang tentera di Ukraine. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN