fb fb fb fb fb

Letusan Gunung Semeru jejaskan penduduk di Jawa Timur

FOTO REUTERS

LUMAJANG, 20 November - Penduduk sebuah kampung di wilayah Jawa Timur, Indonesia terus bergelut dengan kerosakan dan kehilangan yang teruk susulan letusan Gunung Semeru yang menyelubungi kawasan itu dengan lumpur serta abu.

Rakaman yang dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Malang memaparkan pegawai agensi berkenaan meninjau kediaman yang rosak di kawasan yang dipenuhi lumpur di Kampung Kamar A; antara kawasan yang berada dalam zon merah gunung berapi tersebut.

Letusan pada 19 November itu menyaksikan Semeru, antara gunung tertinggi di Indonesia, menghamburkan kepulan abu tebal, selain mengalirkan lava dan batu sejauh 13 kilometer dari lerengnya.

Susulan itu, pihak berkuasa mengekalkan paras amaran pada tahap tertinggi.

Gunung Semeru adalah antara hampir 130 gunung berapi aktif di Indonesia, yang terletak di Lingkaran Api Pasifik; kawasan yang sering mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi akibat pertembungan plat tektonik. –REUTERS

ARTIKEL BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM