TERNOPIL, 20 November - Pasukan penyelamat giat meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan dron dan peluru berpandu Rusia.
Serangan yang menyasarkan bangunan pangsapuri itu telah mengakibatkan 26 individu terbunuh termasuk tiga kanak-kanak, manakala 92 yang lain cedera.
Imej yang dikeluarkan Perkhidmatan Kecemasan Ukraine menunjukkan pasukan penyelamat memeriksa bangunan yang musnah.
Menteri Dalam Negeri, Ihor Klymenko memaklumkan serangan berkenaan telah memusnahkan bangunan pangsapuri berkenaan.
"Serangan dilancarkan ketika Presiden Volodymyr Zelensky mengadakan lawatan ke Turkiye bagi rundingan damai dengan Rusia,"katanya.
Rusia telah melepaskan 476 dron dan 48 peluru berpandu menyasarkan infrastruktur tenaga dan pengangkutan sehingga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di beberapa wilayah. -AFP