fb fb fb fb fb

Ukraine serang pelantar minyak di Laut Hitam- Ketua Crimea

MOSCOW, 20 Jun- Ketua Crimea yang dikuasai Moscow berkata tiga orang mengalami kecederaan, manakala tujuh orang lagi hilang selepas Ukraine melepaskan tembakan ke atas pelantar minyak di Laut Hitam.

Sergey Aksyonov mengesahkan perkara tersebut menerusi aplikasi Telegram.

"Pencarian mangsa di pelantar minyak Chernomorneftegaz milik syarikat yang berpangkalan di Crimea sedang dijalankan", katanya.

Ini adalah serangan pertama yang dilaporkan terhadap infrastruktur tenaga luar pesisir pantai di Crimea sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari lalu.


(Foto hiasan)

Aksyonov, yang dilantik oleh Rusia sebagai Gabenor semenanjung selepas menguasainya pada 2014, sebelum ini berkata lima orang cedera, sebelum menyemak semula angka mangsa yang terlibat.

Beliau berkata tiga pelantar disasarkan, menyebabkan pemindahan 94 orang di pelantar tersebut, manakala 15 tentera dikekalkan bagi menjaga mengawal keadaan.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan melalui udara dan laut, tambahnya.

Chernomorneftegaz, mengendalikan beberapa penggerudian minyak dan gas di Laut Hitam dan Laut Azov.

Aksyonov berkata salah satu platform telah dibedil dan Senator Rusia untuk Crimea, Olga Kovitidi, memberitahu agensi RIA Novosti bahawa tiada yang terlibat di dua pelantar lain.- AFP

Media Baharu