fb fb fb fb fb

Itali hantar kapal tentera, jaga keselamatan wakil GSF ke Gaza

Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza/ AFP

ROM, 24 September - Kerajaan Itali menghantar sebuah kapal frigat tentera bagi memastikan keselamatan warganya yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Kementerian Luar Itali mengesahkan kapal berkenaan, berada di utara Crete dan digerakkan bagi memberi perlindungan kepada rakyat Itali dalam misi tersebut.

"Wakil misi kemanusiaan menyifatkan keputusan itu sebagai perkembangan positif hasil usaha diplomasi serta mobilisasi sokongan masyarakat antarabangsa.

"Bagaimanapun, mereka masih mempertimbangkan langkah keselamatan tambahan sementara menunggu kehadiran kapal frigat tersebut, termasuk memperbaiki protokol keselamatan dan menghampiri perairan Greece bagi memberi lebih banyak pilihan sekiranya berlaku kelewatan," menurut Kementerian Luar Itali.

Wakil misi GSF turut menyeru agar tekanan politik dan sokongan antarabangsa diteruskan bagi menjamin laluan selamat misi tersebut ke Gaza.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI