AMERIKA SYARIKAT, 21 Jun - Pemberian vaksinasi kepada kanak-kanak bawah lima tahun di Amerika Syarikat kini bermula.
Ia selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi kelulusan terhadap penggunaan vaksin Moderna dan Pfizer-BioNTech kepada golongan tersebut minggu lalu.
Rata-rata menyambut baik keputusan tersebut dengan ibu-bapa membawa anak-anak mereka mendapatkan vaksinasi.
(FOTO FAIL)
Bekalan vaksinasi juga turut diedarkan hujung minggu lalu termasuk di Lexington, South Carolina dan New York.
Dianggarkan kira-kira 18 juta kanak-kanak di negara itu layak terima vaksinasi.
Untuk rekod, kurang daripada satu per tiga daripada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 telah mendapatkan suntikan sejak vaksinasi dibuka kepada mereka pada November lalu. - AFP