fb fb fb fb fb

Ukraine sekat penggunaan elektrik, selepas Rusia serang loji tenaga

UKRAINE, 20 Oktober - Ukraine mengehadkan penggunaan elektrik di seluruh negara buat kali pertama berikutan serangan peluru berpandu dan dron oleh Rusia yang memusnahkan beberapa loji janakuasa sejurus sebelum musim sejuk tiba.

Menurut pengendali grid Ukrenergo -- bekalan kuasa akan dihadkan antara 7 pagi hingga 11 malam.

Bekalan kuasa akan dihadkan antara pukul 7 pagi dan 11 malam, kata pegawai kerajaan dan pengendali grid Ukrenergo.

Pemadaman sementara mungkin berlaku jika orang ramai tidak meminimumkan penggunaan elektrik mereka, kata seorang pembantu presiden.

(FOTO AFP)

"Kami tidak mengecualikan bahawa dengan bermulanya cuaca sejuk, kami akan meminta bantuan anda dengan lebih kerap", kata Ukrenergo.

Rusia telah memperhebatkan serangan peluru berpandu dan dronnya ke atas infrastruktur kuasa dan air Ukraine sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Terdapat kerosakan baharu pada infrastruktur kritikal. Tiga kemudahan tenaga telah dimusnahkan oleh musuh," Presiden Volodymyr Zelenskiy dalam ucapan video terbaharunya

Beliau menuduh Moscow menggunakan "drone kamikaze" buatan Iran Shahed-136, yang terbang ke sasaran mereka dan meletup.

Bagaimanapun, Tehran menafikan penjualan dron kepada Kremlin. - REUTERS

Media Baharu