fb fb fb fb fb

Petani di New Zealand bantah pelaksanaan cukai pengeluaran pertanian

WELLINGTON, 20 Oktober- Petani di New Zealand mengadakan protes terhadap rancangan kerajaan untuk memgenakan cukai pengeluaran pertanian.

Mereka berkumpul di bandar-bandar di seluruh negara dengan memandu traktor dan trak pikap sambil membawa papan tanda bantahan.

Minggu lalu, kerajaan mengesahkan rancangan untuk menetapkan harga gas pertanian dan metana biogenik yang kebanyakannya berasal daripada sendawa lembu dan biri-biri.

(Petani memandu traktor dan trak pikap sambil membawa papan tanda bantahan
dalam protes di bandar-bandar di New Zealand / REUTERS)

Pelan yang kini dalam fasa perundingan, telah dikritik oleh kumpulan petani yang bimbang bagaimana ia menyumbang untuk perhutanan di ladang dan apa yang boleh mengimbangi pelepasan tersebut.

Mereka juga telah membangkitkan kebimbangan tentang bagaimana pelepasan akan dinilai dan bagaimana program itu akan ditadbir.-REUTERS

Media Baharu