TEXAS, 5 Julai- Sekurang-kurangnya 24 nyawa terkorban dalam kejadian banjir kilat yang melanda sepanjang Sungai Guadalupe di Texas, menurut Sheriff Daerah Kerr, Larry Leitha pada Jumaat.
Dalam sidang media bersama Gabenor Texas, Greg Abbott dan beberapa pegawai lain, Leitha turut memaklumkan bahawa satu lagi kematian direkodkan di Daerah Kendall.
Namun, berita itu belum dapat disahkan sama ada ia berkait dengan banjir kilat tersebut.
Hujan lebat yang melanda pada Jumaat menyebabkan limpahan air secara tiba-tiba di kawasan selatan tengah Texas.
Menurut pihak berkuasa tempatan, perkara tersebut mengakibatkan 24 orang maut dan hampir puluhan remaja perempuan dilaporkan hilang dari sebuah kem musim panas di tepi sungai.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (NWS) telah mengisytiharkan kecemasan banjir kilat bagi beberapa kawasan di Daerah Kerr yang terletak di kawasan Texas Hill Country, kira-kira 105 kilometer dari barat laut San Antonio, susulan ribut petir yang membawa hujan lebat sehingga satu kaki dalam tempoh singkat.- REUTERS