fb fb fb fb fb

Awan atom terbesar dikesan di Stephan's Quintet

GUIZHOU, 20 Oktober- Balai Cerap Astronomi Kebangsaan, Akademi Sains China mengesan awan atom yang besar di Stephan's Quintet dan kawasan berdekatan.

Ia merupakan penemuan terbesar seumpamanya dalam sejarah.

Awan itu, yang dikesan oleh Teleskop Sfera Apertur 500 meter (FAST) di sini, terdiri daripada atom hidrogen, dan berukuran kira-kira dua juta tahun cahaya.

(Teleskop Sfera Apertur 500 meter yang digunakan untuk mengesan awan atom / Foto REUTERS)

Penemuan itu diterbitkan pada Rabu di majalah terkemuka Nature.

Ia menunjukkan bahawa mungkin terdapat lebih banyak struktur gas atom berketumpatan rendah berskala besar di luar angkasa.

Media Baharu