fb fb fb fb fb

Ukraine hentikan hasrat sertai NATO, terima jaminan keselamatan Barat

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiyy/REUTERS

BERLIN, 14 Disember- Ukraine menamatkan hasratnya untuk menyertai NATO sebagai pertukaran bagi jaminan keselamatan daripada Barat untuk menamatkan perang dengan Rusia.

Kenyataan itu diutarakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy pada Ahad sebelum sesi pertemuan dengan utusan Amerika Syarikat (AS) di Berlin, Jerman.

Langkah itu menandakan perubahan besar bagi Ukraine, yang sebelum ini berjuang untuk menyertai pakatan ketenteraan NATO sebagai perlindungan daripada serangan Rusia dan matlamat itu turut termaktub dalam perlembagaannya.

Ini juga memenuhi salah satu sasaran perang Rusia, walaupun Kiev sehingga kini tetap bertegas menolak menyerahkan wilayah kepada Moscow.

Zelenskiy berkata dalam mesej peti suara yang dikongsi dengan wartawan melalui WhatsApp bahawa jaminan keselamatan daripada AS, Eropah dan rakan lain menggantikan keanggotaan NATO sebagai kompromi daripada pihak Ukraine.

Presiden Ukraine sebelum ini menyeru agar sebuah perdamaian “bermaruah” dapat dicapai antara Kiev dan Moscow serta jaminan bahawa Rusia tidak akan lagi melancarkan serangan, paling berdarah di Eropah sejak Perang Dunia Kedua. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM