fb fb fb fb fb

Banjir besar landa Santa Cruz, sekurang-kurangnya tujuh maut

Foto REUTERS

SANTA CRUZ, 14 Disember- Pasukan penyelamat bertungkus-lumus meredah lumpur dan runtuhan pada Sabtu bagi menyelamatkan penduduk yang terperangkap akibat banjir besar di wilayah Santa Cruz, Bolivia.

Ini susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan beberapa sungai melimpah.

Menurut laporan Bolivia TV, sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut, 20 lagi hilang manakala lebih 600 keluarga terjejas akibat bencana itu.

Anggota tentera, polis dan pegawai kerajaan tempatan dari Santa Cruz serta El Torno sedang menjalankan operasi menyelamat di sekurang-kurangnya tiga komuniti bagi membantu penduduk yang terasing dan cedera.

Rakaman stesen penyiar awam Bolivia TV menunjukkan pasukan penyelamat menggendong kanak-kanak merentasi kawasan dipenuhi runtuhan, memindahkan mangsa menggunakan pengusung serta membawa keluar keluarga yang diselaputi lumpur.

Banjir tersebut memusnahkan sekurang-kurangnya dua jambatan dan menenggelamkan beberapa penempatan selepas hujan lebat pada Sabtu menyebabkan paras sungai di wilayah itu meningkat melebihi had. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM