fb fb fb fb fb

Larangan permainan Roblox di Rusia, puluhan individu berprotes

Foto REUTERS

TOMSK, 14 Disember- Puluhan individu mengadakan protes pada Ahad di bandar Siberia, Tomsk, menentang larangan platform permainan kanak-kanak Amerika Syarikat (AS), Roblox.

Protes yang jarang berlaku di Rusia, ketika rasa tidak puas hati terhadap larangan itu mula meningkat.

Moscow menyekat atau mengehadkan akses kepada platform seperti Snapchat, Facebook, Instagram, WhatsApp dan YouTube, sambil menyebarkan naratif rasmi melalui rangkaian media Rusia sendiri.

Pengawal selia komunikasi Rusia, Roskomnadzor memaklumkan pada 3 Disember bahawa Roblox disekat kerana dikatakan “penuh dengan kandungan tidak sesuai yang boleh menjejaskan perkembangan rohani dan moral kanak-kanak.”

Di Tomsk, kira-kira 2,900 km dari Moscow, beberapa puluh peserta protes berani menghadapi salji sambil memegang sepanduk buatan tangan bagi menyuarakan bantahan mereka.

Ibu pejabat Roblox, yang berada di San Mateo, California, sebelum ini diharamkan di beberapa negara termasuk Iraq dan Turki kerana kebimbangan tentang eksploitasi kanak-kanak oleh pemangsa di platform itu.

Syarikat itu menegaskan komitmennya terhadap keselamatan pengguna dan menyediakan perlindungan yang ketat dalam menjaga keselamatan pengguna. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM