fb fb fb fb fb

Ukraine hasilkan satu juta dron tahun depan- Zelensky

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy mengadakan sidang akhbar di Kiev, Ukraine/ REUTERS

KIEV, 20 Disember- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memaklumkan negara itu akan menghasilkan satu juta dron tahun depan, sekali gus akan menjadi elemen penting dalam pertempuran antara negaranya dan Rusia.

"Kami akan menghasilkan satu juta dron tahun depan. Askar kami akan menerima dron buatan Ukraine dalam briged mereka," katanya sambil menambah negaranya mampu menghasilkan peranti moden itu..

Ukraine dan Rusia menggunakan dron secara meluas bagi mengesan kedudukan musuh masing-masing selain menggugurkan bahan letupan dan meletupkan sasaran.

Dron boleh dihantar untuk menyerang sasaran atau hasil risikannya boleh digunakan melakukan serangan.

Kebiasaannya, serangan dron mencetuskan persaingan di antara Moscow dan Kiev, dengan terbaharu mereka merancang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyasarkan kedudukan Rusia dengan lebih baik dan bertahan daripada serangan.

Pegawai Ukraine memberitahu AFP, angkatan tenteranya memerlukan 100,000 hingga 120,000 dron setiap bulan dalam usaha menangkis serangan tentera Rusia.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI