KIEV, 20 Disember- Rusia melancarkan serangan udara kelimanya bulan ini menyasarkan sistem pertahanan udara Ukraine yang memusnahkan semua senjata ketika mendekati ibu negara Ukraine, kata tentera Kiev awal hari ini.
Ketua Pentadbiran Tentera Kiev,Serhiy Popko, dalam aplikasi Telegram berkata maklumat awal mendapati tiada kemalangan jiwa atau kemusnahan di ibu negara.
Skala penuh serangan itu tidak jelas. REUTERS tidak dapat mengesahkan laporan secara bebas. Tiada komen segera dari Rusia.
Rusia mula melakukan serangan ke atas infrastruktur tenaga, ketenteraan dan pengangkutan Ukraine di wilayah yang jauh dari barisan hadapan pada Oktober 2022 iaitu enam bulan selepas tentera Moscow gagal mengambil alih Kiev dan berundur ke timur dan selatan Ukraine.
Kebanyakan kawasan tenggara Ukraine kekal di bawah amaran serangan udara pada 2300 GMT, dengan tentera udara Ukraine mengatakan bahawa wilayah Kharkiv, Dnipropetrovsk dan Kirovohrad berada di bawah ancaman serangan peluru berpandu balistik Rusia.- REUTERS