fb fb fb fb fb

Burkina Faso tahan empat warga Perancis atas alasan pengintipan

Presiden Burkina Faso, Ibrahim Traore/FOTO REUTERS

ABIDJAN, 20 Disember- Empat warga Perancis ditahan di Burkina Faso selepas dituduh sebagai ejen perisikan luar, menurut sumber diplomatik di negara Afrika Barat itu pada Selasa.

"Kami sedang menyiasat pekerjaan yang dilakukan oleh empat rakyat warga Perancis yang dianggap sebagai ejen DGSE", kata sumber berkenaan yang merujuk kepada warga Perancis berkenaan.

Menurut Majalah Jeune Afrique, keempat-empat warga Perancis itu ditahan pada awal Disember lalu di bandar Ouagadougou atas tuduhan melakukan aktiviti pengintipan.

"Segalanya telah dilakukan kerajaan dalam usaha membebaskan mereka", kata sumber diplomatik Perancis.

Hubungan antara Burkina Faso dan Perancis merundum selepas berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera Burkina Faso pada 2022.

Pemimpin tentera negara itu, yang diketuai oleh Kapten Ibrahim Traore, kemudian mengarahkan tentera Perancis yang membantu perjuangan antijihad untuk meninggalkan negara itu pada Februari tahun ini.

Lebih 17,000 orang maut dalam serangan di Burkina Faso sejak 2015, menurut angka yang dikeluarkan oleh pemantau NGO yang dikenali sebagai Projek Data Lokasi dan Peristiwa Konflik Bersenjata (ACLED).

Dua juta orang telah terkorban akibat keganasan itu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD