fb fb fb fb fb

Militan bunuh 10 orang awam di Uganda

Foto Fail

KAMPALA, 20 Disember- Sekurang-kurangnya 10 orang awam terkorban akibat dibakar dalam serangan militan di barat daya Uganda.

Menurut jurucakap polis wilayah itu,  Vincent Twesige, kumpulan lelaki bersenjata daripada Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF) menyeberangi sempadan untuk menyerang pusat perdagangan di Kamwenge.

"Penyerang turut membakar motosikal dan merompak sebuah kedai," kata Twesige kepada pemberita di sini.

Serangan berkenaan berlaku beberapa hari selepas Presiden Uganda, Yoweri Museveni melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 200 pemberontak ADF telah terbunuh pada September.

Jun lalu, ADF membunuh 42 orang termasuk 37 pelajar di sebuah sekolah menengah di barat Uganda berhampiran sempadan Republik Demokratik Congo. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM