UKRAINE, 15 November- Ukraine boleh membuka semula lapangan terbang pertama di wilayah Lviv barat tahun depan dalam usaha untuk memulihkan perjalanan udara yang telah digantung di seluruh negara itu sejak konflik tercetus dengan Rusia pada 2022.
Moscow kerap melakukan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Ukraine selama lebih daripada 30 bulan pertempuran.
Syarikat penerbangan kebangsaan Ukraine dan beberapa syarikat lain juga telah muflis kerana penggantungan perjalanan udara.
Kiev telah mengambil bahagian dalam perbincangan dengan pihak berkuasa penerbangan Eropah dan syarikat penerbangan dalam usaha untuk memulihkan beberapa perjalanan udara.
"Sekiranya pengawal selia bersetuju dan memberikan jaminan keselamatan untuk membuka lapangan terbang disokong keputusan politik, maka industri insurans bersedia untuk menyokong usaha pemulihan," kata Crispin Ellison dari Marsh McLennan (sebuah syarikat insurans) kepada Reuters yang merujuk kepada operasi pada tahun 2025.
Sementara itu Perkhidmatan Penerbangan Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, ia sedang mempertimbangkan kemungkinan pembukaan ruang udara dan penerbangan awam akan dibuka secara berperingkat.
Perkara itu sebagai langkah keselamatan selain mengurangkan risiko lebih teruk.
Dalam pada itu Ellison menyifatkan keselamatan ruang udara adalah tugas utama dan "terdapat banyak usaha untuk mengatasi cabaran ini".
Wilayah Lviv, bersempadan dengan Poland, jarang diserang Rusia berbanding bahagian lain di Ukraine.
Lapangan terbang di Lviv mempunyai dua terminal dan mempunyai kapasiti 3,000 penumpang sejam sebelum perang.
Bagaimanapun Marsh McLennan menyokong kerajaan Ukraine untuk menyediakan kemudahan insurans untuk menampung penerbangan komersial.
Sektor penerbangan terlibat dalam perbincangan itu, katanya.
"Syarikat penerbangan nasional, syarikat penerbangan tambang rendah dan Ukraine (sedang) menyatakan minat dan melihat sama ada mereka melakukannya."
Kerajaan Ukraine juga berminat untuk membuka semula lapangan terbang utama negara itu di luar Kiev tetapi Ellison percaya pasaran penerbangan sedang menunggu.
Kiev dan kawasan sekitarnya kerap menjadi sasaran serangan jarak jauh dari Rusia.- REUTERS