fb fb fb fb fb

10 maut dalam kebakaran rumah persaraan

Anggota bomba memadamkan kebakaran (foto hiasan) / REUTERS

MADRID, 15 November- Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kebakaran di rumah persaraan yang terletak di bandar Villafranca de Ebro, timur laut Sepanyol.

Setakat ini, tiada butiran lanjut dimaklumkan pihak perkhidmatan kecemasan.

Bagaimanapun media memberitahu terdapat 82 orang dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan.

Punca kejadian masih tidak diketahui.

Menurut Datuk Bandar, Volga Ramirez Gamiz kebakaran itu tertumpu dalam satu bilik, namun asapnya meliputi ke seluruh kediaman.

"Mujurlah bilik itu mempunyai pintu keselamatan yang menghalang api daripada merebak," katanya.

Kediaman Jardines de Villafranca dibuka pada tahun 2008 sebagai tempat tinggal untuk warga emas.

Ia kemudiannya menjadi tempat untuk menempatkan warga emas yang mempunyai masalah kesihatan mental. -AFP

Trainee2