fb fb fb fb fb

China dakwa Filipina hantar bekalan ke Second Thomas Shoal

Kakitangan Pengawal Pantai Filipina mendokumentasikan kapal Pengawal Pantai China di Second Thomas Shoal/ REUTERS

BEIJING, 15 November- China mendakwa Filipina menghantar bekalan ke sebuah kapal perang di Second Thomas Shoal yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

Pengawal Pantai Filipina dalam satu kenyataan berasingan memaklumkan kakitangan Sierra Madre ditugaskan secara penggiliran dan menghantar bekalan ke kapal itu. Kapal berkenaan telah terdampar di kawasan itu sejak tahun 1999.

Sementara itu Pengawal Pantai China berkata operasi bekalan diteruskan "dengan izin" untuk dibaa ke kapal berkenaan.

Bagaimanapun Pengawal Pantai Filipina tidak memberikan maklum balas segera terhadap dakwaan China, berkenaan pengawalnya membenarkan tindakan dari Filipina.

China dan Filipina mula mempunyai konflik di Second Thomas Shoal berikutan perebutan kedua-dua negara terhadap kawasan yang berada dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Manila sepanjang 200 batu nautika di Laut China Selatan.

"Adalah diharapkan Filipina akan menghormati komitmen, bekerjasama dengan China ke arah yang sama, dan bersama-sama menguruskan situasi maritim," kata jurucakap Pengawal Pantai China Liu Dejun dalam satu kenyataan.

Perkara itu berikutan China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, walaupun tuntutan itu bertindih dengan Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Ia telah menolak keputusan 2016 daripada Bagaimanapun Mahkamah Timbang Tara Tetap di The Hague menolak tuntutan China ke atas kawasan itu dengan mengatakan ia tidak mempunyai asas undang-undang.

Pada November Manila memperkenalkan undang-undang maritim baharu untuk mengukuhkan tuntutannya di Laut China Selatan, manakala China mengumumkan garis dasar di sekitar Scarborough Shoal untuk menguatkan tuntutannya.

Kedua-dua negara telah memanggil duta masing-masing berhubung tindakan itu.

Jurucakap kementerian pertahanan China Zhang Xiaogang berkata tentera China akan mengambil langkah tegas untuk melindungi kedaulatan wilayah China dan hak dan kepentingan maritim selain menentang "pelanggaran dan provokasi."

Kenyataan itu sebagai menjawab soalan mengenai latihan tentera laut bersama-sama Filipina dengan Amerika Syarikat, sekutu utama, dan kuasa Barat lain, serta undang-undang maritim baharu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI