KIEV, 2 Oktober - Ukraine berjaya membawa pulang seramai 185 anggota tentera dan 20 orang awam dalam pertukaran tahanan terbaharu dengan Rusia, kata Presiden Volodymyr Zelenskiy pada Khamis.
Menurut beliau, sebahagian besar tahanan berkenaan telah ditawan sejak 2022 dan akhirnya kembali ke tanah air. Kenyataan itu dikongsikan menerusi aplikasi Telegram bersama beberapa gambar menunjukkan mereka diselubungi bendera kebangsaan Ukraine berwarna biru dan kuning.
Pusat Penyelaras Ukraine bagi Pengendalian Tawanan Perang turut menyiarkan rakaman video yang memperlihatkan individu terbabit menaiki sebuah bas selepas dibebaskan.
Sejak perang bermula, lebih 7,000 rakyat Ukraine berjaya dibawa pulang, jelas Zelenskiy.-REUTERS