CAMBRIDGE, 8 November – Para penyelidik di Cambridge menjalankan percubaan teknologi pemantauan aktiviti otak bayi, dengan tujuan membolehkan diagnosis lebih cepat bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit seperti cerebral palsy dan epilepsi.
Teknologi itu menggunakan sebuah topi hitam kecil yang dilengkapi peralatan untuk memantau fungsi otak bayi.
Menurut penyelidik di Hospital Bersalin Rosie, teknologi itu dijangka boleh digunakan di hospital seluruh negara dalam tempoh satu dekad.
Dalam temu bual bersama BBC, pakar perunding neurosurgeri, Alexis Joannides berkata peralatan sebegini yang membolehkan ukur dan ujian berulang merupakan sesuatu yang “sangat berkuasa.”
Seorang saintis, Stani Georgieva, yang turut mengambil bahagian dalam percubaan bersama anak lelakinya, Theo, berharap teknologi tersebut dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang bagi memaksimumkan kemajuan dalam bidang perubatan dan sains. -REUTERS