fb fb fb fb fb

Polis Indonesia siasat letupan masjid, temui bahan letupan berpotensi

Foto REUTERS

JAKARTA, 8 November – Polis Indonesia menemui serbuk berpotensi letupan ketika menyiasat letupan di sebuah masjid di ibu negara, Jakarta, yang mencederakan puluhan jemaah semasa solat Jumaat (7 November).

Ketua Polis, Listyo Sigit Prabowo berkata letupan itu disyaki merupakan satu serangan, dengan seorang pelajar berusia 17 tahun dikenal pasti sebagai suspek.

“Beberapa bukti sokongan telah ditemui. Terdapat bahan bertulis dan beberapa serbuk yang berpotensi menyebabkan letupan. Kami sedang mengumpul rekod lain, termasuk meneliti media sosial dan ahli keluarga bagi mendapatkan semua maklumat,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi mangsa di hospital.

Suspek, seorang pelajar di sekolah berhampiran masjid berkenaan, kini sedang pulih selepas menjalani pembedahan pada Jumaat, menurut Listyo. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN