fb fb fb fb fb

UK tuntut penjelasan segera Israel bunuh 7 pekerja WCK di Gaza

Kereta konvoi pekerja bantuan kemanusiaan yang dinaiki oleh pekerja World Central Kitchen (WCK) dibedil Israel melalui serangan udara semalam/Foto REUTERS

LONDON, 3 April - Apa yang berlaku di Semenanjung Gaza ketika ini termasuk serangan udara terbaharu tentera Israel ke atas konvoi pekerja bantuan kemanusiaan antarabangsa  adalah sesuatu yang semakin tidak boleh diterima, tegas United Kingdom (UK).

Susulan itu, Perdana Menteri Britain Rishi Sunak menggesa Israel segera menyiasat dan memberikan penjelasan selepas pekerja bantuan warga Britain, terbunuh di Gaza baru-baru ini.

Warga Australia, Britain dan Poland adalah antara tujuh orang yang bekerja di World Central Kitchen terbunuh dalam serangan udara Israel pada Selasa.

Sunak berkata beliau "terkejut dan sedih" dengan serangan Israel dan kerajaan sedang mengesahkan semua butiran mangsa korban.

"Kami mendesak Israel menyiasat apa yang telah berlaku dengan kadar segera, kerana jelas ada soalan yang perlu dijawab oleh Israel," kata Sunak kepada pemberita semasa lawatan ke timur laut England.

Sunak berkata, pekerja bantuan kemanusiaan sedang melakukan sesuatu 'pekerjaan yang sangat hebat' untuk meringankan penderitaan di Gaza ketika rakyat Palestin di ambang kebuluran.

"Mereka perlu dibenarkan untuk melakukan kerja itu tanpa halangan. Dan adalah penting bagi Israel untuk memastikan bahawa mereka boleh berbuat demikian," tegasnya.

Menteri Luar Britain, David Cameron berkata sebelum ini bahawa Britain telah menggesa Israel untuk segera menyiasat dan memberikan penjelasan penuh dan telus mengenai apa yang berlaku. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN