fb fb fb fb fb

UK beri kelulusan kepada vaksin Moderna baharu yang menyasarkan varian Omicron

(Vaksin COVID-19 dengan logo Moderna di latar belakang/AFP)

LONDON, 15 Ogos- Pengawal selia dadah United Kingdom (UK) meluluskan vaksin Moderna yang dikemas kini, menyasarkan varian Omicron dan virus COVID-19 dalam bentuk asal.

Agensi Pengawalseliaan Produk Perubatan dan Kesihatan (MHRA) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia vaksin untuk dos penggalak dewasa itu diluluskan "selepas didapati memenuhi piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan pengawal selia UK".

Ia merupakan vaksin COVID-19 "bivalen" pertama yang diluluskan oleh pengawal selia Britain.

Ketua eksekutif MHRA, June Raine berkata data daripada ujian klinikal menunjukkan ia mendorong "tindak balas imun yang kuat" terhadap Omicron dan virus asal yang terus berkembang.

(UK ialah negara pertama di dunia yang membenarkan vaksin penggalak omicron/AFP)

Bulan lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa wabak itu "belum berakhir" disebabkan penyebaran subvarian Omicron dan tindakan pihak berkuasa menarik balik langkah kawalan.

Separuh daripada vaksin Moderna, dipanggil Spikevax bivalent Original/Omicron, menyasarkan virus asal 2020 dan separuh daripada varian Omicron (BA.1). -AFP

Media Baharu