fb fb fb fb fb

Ujian peluru berpandu balistik, Korea Utara tidak hirau kecaman AS dan sekutu

(Orang awam menyaksikan ujian peluru berpandu menerusi siaran berita di Tokyo/FOTO AFP)

TOKYO, 9 Oktober - Korea Utara terus menjalankan ujian peluru berpandu balistik ketika Amerika Syarikat dan sekutu mengecam tindakan tersebut yang disifatkan sebagai tindakan provokasi.

Menurut laporan, dua peluru yang dilancarkan mencapai ketinggian 100 kilometer dan meliputi jarak 350 kilometer dan jatuh di luar zon ekonomi eksklusif Jepun.

Susulan itu Menteri Pertahanan Jepun, Toshiro Ino memberitahu, pihaknya akan meneliti jenis peluru yang digunakan terutama kebolehancaman terhadap aset pertahanan negara itu.

Dalam perkembangan lain, Komando Indo-Pasifik AS yang berpangkalan di Hawaii dalam satu kenyataan turut menyatakan komitmen mempertahankan Jepun dan Korea Selatan demi mengimbangi kuasa nuklear rantau tersebut.

(Orang awam menyaksikan ujian peluru berpandu menerusi siaran berita di Tokyo/FOTO AFP)

Ujian peluru berpandu balistik itu merupakan ujian yang ke tujuh seumpamanya sejak 25 September lalu. - AFP

Media Baharu