ATHENS, 9 Oktober- Gempa bumi bermagnitud 5.0 di dasar laut melanda Central Greece.
Balai Cerap Negara Athens berkata, gegaran itu berlaku pada pukul 1:02 pagi waktu tempatan pada kedalaman 12.7 kilometer di Teluk Corinth, kira-kira 100 kilometer barat-barat laut Athens.
Gegaran itu dirasai di ibu kota Greece termasuk wilayah Peloponnese.
(Foto hiasan)
Bagaimanapun tahap kerosakan dan kecederaan masih belum dilaporkan.
Greece sangat terdedah kepada gempa bumi, kerana terletak di beberapa garisan sesar geologi.