fb fb fb fb fb

Keputusan gencatan senjata Israel-Hamas diketahui dalam 24 jam

Donald Trump./AFP

 WASHINGTON, 4 Julai – Keputusan sama ada Hamas akan menerima apa yang digelar sebagai 'cadangan terakhir' untuk perjanjian gencatan senjata dengan Israel di Gaza akan diketahui dalam masa 24 jam.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memaklumkan, cadangan gencatan senjata terbaharu telah dipersetujui Israel dengan syarat-syarat gencatan senjata selama 60 hari dan tempoh itu akan digunakan untuk merundingkan penamatan penuh perang.

Ketika ditanya sama ada Hamas menerima kerangka terkini perjanjian tersebut, Trump berkata: “Kita akan tahu dalam tempoh 24 jam.”

Sumber terdekat Hamas pula memaklumkan kumpulan itu menuntut jaminan cadangan terbaharu itu benar-benar akan menamatkan perang.

Selain gencatan senjata, cadangan tersebut turut merangkumi pembebasan berperingkat 10 tahanan Israel yang masih hidup dan pemulangan 18 mayat sebagai pertukaran untuk pembebasan tahanan Palestin dari penjara Israel.

Menurut cadangan itu, bantuan kemanusiaan akan dihantar ke Gaza serta-merta dan tentera Israel akan berundur secara berperingkat dari beberapa bahagian wilayah tersebut.

Rundingan ke arah gencatan senjata kekal akan bermula sejurus fasa pertama dilaksanakan. - REUTERS

KHAIRUL AMRI BIN YASIN