fb fb fb fb fb

30 cedera stesen minyak meletup

30 orang cedera akibat letupan kuat di sebuah stesen minyak di pinggir bandar Rom, Itali./AFP

ROM, 4 Julai - Sekurang-kurangnya 30 orang cedera dalam satu letupan besar di sebuah stesen minyak di pinggir bandar Rom.

Kebanyakan mangsa adalah orang awam dan anggota pasukan keselamatan mengalami kecederaan ringan dengan seorang dilaporkan parah.

Letupan kuat berkenaan menyebabkan beberapa bangunan berhampiran termasuk sebuah dewan sukan rosak teruk.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8.20 pagi waktu tempatan itu berpunca daripada kebocoran gas semasa operasi mengisi semula bahan api.

Ia mencetuskan kebakaran awal sebelum letupan kuat meletus.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni berkata, beliau mengikuti rapat perkembangan insiden itu dan mengarahkan bantuan segera diberikan kepada mangsa terlibat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat yang bertindak pantas menyelamatkan nyawa,” katanya di X. - AFP

KHAIRUL AMRI BIN YASIN