LAGOS, 9 Oktober- Sebuah bot yang sarat dengan penumpang terbalik di tenggara Nigeria pada Sabtu.
Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri memaklumkan, 15 penumpang berjaya diselamatkan manakala yang lain masih hilang.
“Tidak jelas berapa ramai penumpang yang menaiki bot malang tersebut ketika kejadian itu.
Kami telah menyelamatkan 15 orang namun masih ramai yang hilang,” menurut agensi itu kepada AFP.
(Mangsa nahas bot dibawa ke tebing oleh orang awam dalam kejadian bot terbalik
pada 13 April lalu di Sungai Shagari / Foto AFP)
Setakat ini tiada mayat ditemui namun operasi mencari dan menyelamat diteruskan.
Sementara itu media tempatan melaporkan 85 orang telah menaiki bot berkenaan di jambatan Onukwu dan sedang menuju ke pasar Nkwo di Ogbakuba sebelum ia terbalik.
Nahas bot adalah perkara biasa di Nigeria kerana muatan berlebihan, memandu laju, penyelenggaraan yang lemah dan pengabaian peraturan. -AFP