fb fb fb fb fb

Mangsa maut insiden letupan stesen minyak di Ireland meningkat kepada 10 orang

COUNTY DONEGAL, 9 Oktober- Jumlah mangsa yang terkorban dalam insiden letupan di sebuah stesen minyak di daerah Donegal pada Sabtu meningkat kepada 10 orang.

Polis memaklumkan, mangsa yang maut termasuk dua remaja dan seorang kanak-kanak perempuan.

"Saya kini boleh mengesahkan terdapat 10 kematian akibat letupan itu.

10 mangsa yang terkorban adalah empat lelaki, tiga wanita, dua remaja lelaki dan perempuan serta kanak-kanak perempuan," katanya.

(Letupan mengakibatkan sebahagian struktur bumbung sebuah stesen minyak runtuh / Foto REUTERS)

Kesemua mangsa yang maut berasal dari kawasan berhampiran.

Lapan mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal dan dibawa ke Dublin.

Polis berkata, berkemungkinan tiada lagi pertambahan mangsa yang maut akibat insiden tersebut.

Perdana Menteri Ireland, Micheál Martin berkata, kejadian itu merupakan tragedi yang tidak dapat diperkatakan bagi komuniti kecil yang hanya mempunyai beberapa ratus orang. -REUTERS

Media Baharu