fb fb fb fb fb

AS perketat kawalan eksport cip ke China

(FOTO REUTERS)

WASHINGTON, 8 Oktober- Amerika Syarikat mengumumkan kawalan eksport baharu bertujuan menyekat keupayaan China membeli dan mengeluarkan cip berkualiti tinggi dengan aplikasi ketenteraan.

Peraturan itu yang diumumkan oleh Jabatan Perdagangan AS, termasuk sekatan eksport beberapa cip yang digunakan dalam komputer super, dan memperketat keperluan penjualan peralatan semikonduktor.

Matlamatnya adalah untuk menghalang "teknologi sensitif dengan aplikasi ketenteraan" daripada diperoleh tentera, perisikan dan perkhidmatan keselamatan China, kata pegawai Jabatan Perdagangan, Alan Estevez dalam satu kenyataan.

Peraturan itu diumumkan hanya beberapa hari selepas Pentagon menambah 13 lagi firma China termasuk pengeluar dron, DJI dan firma pengawasan, Zhejiang Dahua Technology ke dalam senarai hitam syarikat berkaitan tentera China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam reaksinya menuduh Washington cuba "menyekat dan menindas perniagaan China secara berniat jahat".

Tindakan AS itu "melanggar peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa" dan akan menjejaskan kedua-dua perniagaan AS dan China, Mao memberi amaran. -AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu