MADRID, 8 Oktober- Kira-kira 2,000 anggota bomba hutan berkumpul di sini bagi menuntut hak kerja yang lebih baik.
Tidak seperti anggota bomba sepenuh masa, kebanyakan mereka hanya diperlukan oleh pihak berkuasa wilayah untuk menangani kebakaran hutan berksala besar pada kemuncak musim panas.
Penunjuk perasaan menggunakan alat pemukul api untuk memukul tanah sambil menuntut 'statut bomba' bagi menjamin hak bekerja dan mengiktiraf kecederaan semasa bertugas sebagai bahaya pekerjaan.
"Kami adalah anggota bomba hutan dan kami mahukan keadilan kerana kami petugas perkhidmatan awam untuk masyarakat," kata Cristina Perez, yang telah berkhidmat selama 18 tahun di Aragon kepada Reuters.
(Kira-kira 2,000 anggota bomba hutan mengadakan tunjuk perasaan
bagi menuntut hak kerja lebih baik / Foto REUTERS)
Kebakaran memusnahkan puluhan ribu hektar kawasan hutan dan memaksa penduduk meninggalkan kediaman mereka di seluruh Eropah.
Beberapa negara termasuk Sepanyol, Itali dan Perancis mengalami kebakaran hutan besar tahun ini, yang memusnahkan kediaman dan memaksa beribu-ribu penduduknya berpindah. -REUTERS