fb fb fb fb fb

Loji nuklear Ukraine diserang lagi, hilang sumber kuasa terakhir

(Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia/REUTERS)

VIENNA, 8 Oktober- Loji nuklear Zaporizhzhia di Ukraine kehilangan sumber kuasa luar terakhirnya selepas dihujani serangan terbaharu dan kini bergantungpada janakuasa kecemasan, kata badan pemerhati nuklear PBB.

"Bedilan terbaharu yang mengenai sumber tunggal kuasa luaran loji itu, adalah sangat tidak bertanggungjawab," tegas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi.

Walaupun enam reaktor diletak dalam mod penutupan sejuk, ia memerlukan elektrik untuk fungsi keselamatan dan keselamatan nuklear yang penting, termasuk penyejukan.

Grossi berkata beliau akan ke Rusia tidak lama lagi sebelum kembali ke Ukraine "untuk mendapatkan persetujuan mengenai zon perlindungan keselamatan dan keselamatan nuklear di sekitar loji itu."

Presiden Rusia Vladimir Putin minggu ini mengarahkan kerajaannya mengambil alih operasi di stesen janakuasa nuklear terbesar Eropah di selatan Ukraine, ketika kebimbangan berlakunya kemalangan atom masih tinggi. -AFP

(Loji kuasa Zaporizhzhia bergantung kepada penjana diesel kecemasan untuk menyediakan
operasi penyejukan dan keselamatan reaktor nuklearnya/AFP)

Media Baharu