fb fb fb fb fb

12 orang maut, 30 cedera dalam nahas bas bertembung trak di India

MAHARASHTRA, 9 Oktober- Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala dua lagi kritikal selepas bas dinaiki mereka bertembung dengan sebuah trak dan terbakar di bandar Nashik, negeri barat India.

Polis memaklumkan, lebih 30 yang cedera sedang dirawat di hospital awam tempatan sementara siasatan mengenai punca nahas sedang dijalankan

Saksi memberitahu, bas berkenaan terbakar selepas melanggar sebuah trak yang berkemungkinan membawa diesel.

(Keadaan bas yang terbakar selepas bertembung dengan sebuah trak / Foto REUTERS)

Perdana Menteri India, Narendra Modi menerusi Twitternya memaklumkan, keluarga mangsa yang maut akan menerima 200,000 rupee setiap seorang.

Manakala 50,000 rupee pula akan diberi kepada setiap mangsa yang cedera.

"Sedih dengan tragedi berkenaan. Saya amat bersimpati dengan mereka yang kehilangan insan yang tersayang.

Semoga mangsa yang cedera pulih secepat mungkin. Pentadbiran tempatan sedang menyediakan semua bantuan yang diperlukan buat mereka yang terjejas," tweet Modi.

Ketua Menteri Maharashtra, Eknath Shinde, secara berasingan mengumumkan bantuan kewangan sebanyak 500,000 rupee buat keluarga mangsa yang terkorban.

Katanya, kerajaan akan membayar untuk rawatan mangsa yang cedera. -REUTERS

Media Baharu