fb fb fb fb fb

Rusia namakan jeneral baharu ketuai operasi di Ukraine

(Kementerian pertahanan Rusia menugmumkan bahawa Jeneral Sergey Surovikin telah dilantik
sebagai "komander Pasukan Kumpulan Bersama di kawasan operasi ketenteraan khas/AFP)

MOSCOW, 8 Oktober- Rusia pada Sabtu melantik jeneral baharu untuk mengetuai operasi tenteranya di Ukraine selepas mengalami beberapa siri kegagalan yang mencetuskan kritikan terhadap kepimpinan tentera.

Kementerian pertahanan Rusia menugmumkan bahawa Jeneral Sergey Surovikin telah dilantik sebagai "komander Pasukan Kumpulan Bersama di kawasan operasi ketenteraan khas".

Keputusan itu diumumkan selepas tentera Moscow dipaksa berundur oleh Kiev dalam beberapa minggu kebelakangan ini dari kawasan yang Kremlin telah mengisytiharkan Rusia "selamanya".

Menurut laman web kementerian itu, Surovikin berusia 55 tahun, dilahirkan di Novosibirsk Siberia.

Beliau mempunyai pengalaman pertempuran dalam konflik 1990-an di Tajikistan dan Chechnya dan, baru-baru ini, di Syria.

(Seorang lelaki mengibarkan bendera Rusia semasa perhimpunan dan konsert menandakan
ulang tahun keempat pengilhakan wilayah Crimea oleh Rusia,/REUTERS
)

Sehingga kini Surovikin mengetuai pasukan "Selatan" di Ukraine, menurut laporan kementerian pertahanan pada bulan Julai.

Nama jeneral terdahulu tidak pernah didedahkan secara rasmi, tetapi beberapa media Rusia melaporkan individu itu ialah Jeneral Alexander Dvornikov -- juga seorang jeneral Perang Chechnya Kedua dan komander Rusia di Syria.

Tentera Rusia telah dipaksa keluar dari sebahagian besar wilayah timur laut Kharkiv pada awal September oleh serangan balas Ukraine yang membolehkan Kiev merampas semula beribu-ribu kilometer persegi wilayah.

Tentera Rusia juga kehilangan wilayah di Kherson selatan dan hab pengangkutan Lyman di timur Ukraine.

Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov menggesa agar jeneral tertinggi dipecat minggu lalu. -AFP

Media Baharu