(Presiden Iran, Ebrahim Raisi ketika lawatannya ke Universiti AlZahra, Tehran/FOTO AFP)
TEHRAN, 9 Oktober - Lawatan Presiden Iran, Ebrahim Raisi ke Universiti Alzahra, Tehran disambut protes ratusan mahasiswi yang mengutuk tindakan sambil lewa kerajaan susulan kematian Mahsa Amini ketika dalam tahanan.
Beliau yang hadir berucap di hadapan profesor dan pelajar sempat menyinggung situasi semasa dengan menyamakan penunjuk perasaan dengan lalat.
Dalam video yang dikongsikan di laman Twitter itu menunjukkan, para pelajar wanita melaungkan perkataan mengeji institusi polis moral yang kini terpalit dengan isu melibatkan tindakan kekerasan terhadap kaum wanita.
(Presiden Iran, Ebrahim Raisi/FOTO AFP)
Kematian wanita Kurdish berusia 22 tahun itu kini mencetuskan demonstrasi di seluruh Iran yang masuk minggu keempat.
Ia cabaran terbesar negara tersebut selepas masalah ekonomi dan pengangguran termasuk tekanan dari luar yang diketuai Amerika Syarikat dan sekutu. - AFP