(Beberapa ribu penyokong parti sayap kanan Alternatif untuk Jerman (AFD)
hadir untuk protes di hadapan bangunan Reichsta/FOTO REUTERS)
JERMAN, 9 Oktober - Puluhan ribu rakyat Jerman turun ke jalan di Berlin membantah kenaikan harga dan kos sara hidup di negara itu.
Tunjuk perasaan yang dianjurkan parti Alternatif untuk Jerman (AFD) di luar bangunan berhimpun untuk menuntut kerajaan mengambil langkah berkesan membantu rakyat keluar daripada situasi yang kian menekan.
Menurut Pengerusi AFD, Kristin Brinker, dasar yang digunapakai kerajaan sudah tidak sesuai dengan keadaan semasa.
Ujarnya, Inflasi yang mencatat rekod tertinggi dan krisis tenaga yang semakin meningkat telah memburukkan lagi kehidupan orang ramai di Jerman.
(Beberapa ribu penyokong parti sayap kanan Alternatif untuk Jerman (AFD)
hadir untuk protes di hadapan bangunan Reichsta/FOTO AFP)
Data sementara yang dikeluarkan kerajaan menunjukkan indeks harga pengguna negara itu meningkat 10 peratus setiap tahun, tertinggi sejak 1951.