(Foto fail)
KARACHI, 9 Oktober- Sekurang-kurangnya sembilan sekeluarga dilaporkan terkorban selepas bumbung rumah mereka runtuh di utara Pakistan pada Ahad, menurut polis dan media tempatan.
Insiden itu berlaku di pinggir daerah terpencil Chilas, terletak kira-kira 376 kilometer dari Islamabad, lapor Agensi Anadolu.
Mangsa seorang ibu dan lapan anaknya termasuk empat perempuan.
Semua mayat telah dikeluarkan dari runtuhan, lapor penyiar tempatan Geo News.
Perdana Menteri Shehbaz Sharif menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu. -BERNAMA